WASIAT ADALAH KUNCI PENTADBIRAN PUSAKA
Tanpa wasiat, proses urus harta pusaka boleh menjadi rumit, tertangguh dan membebankan waris.
Mulakan langkah bijak hari ini untuk pastikan harta pusaka anda diurus dengan teratur, cepat dan patuh Syarak.
Tentang Kami
Pusat Wasiat merupakan jenama di bawah as-Salihin Trustee Berhad, sebuah syarikat amanah Islam yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 dan Akta Syarikat Amanah 1949.
Kami ditubuhkan untuk memenuhi keperluan umat Islam dalam memelihara, melindungi dan mengagihkan harta secara patuh hukum Syarak.
Dengan pengalaman lebih 20 tahun, as-Salihin membantu masyarakat melalui penyediaan dokumen seperti Wasiat, Hibah, Amanah, Harta Sepencarian, serta pengurusan pusaka tanpa wasiat.
Kami percaya bahawa perancangan harta bermula dengan Wasiat, agar harta yang ditinggalkan menjadi warisan yang teratur, adil dan diberkati untuk waris yang disayangi.
Perkhidmatan Kami
Penulisan Wasiat
Wasiat ialah pengakuan semasa hidup untuk mengurus dan mengagihkan harta selepas kematian mengikut hukum Syarak. Ia membolehkan pelantikan wasi (pentadbir harta), penjaga anak bawah umur, dan pemberian sehingga 1/3 aset kepada bukan waris atau tujuan kebajikan, tanpa menjejaskan hak waris Faraid.
Hibah Harta (Pri-Hibah)
Pri-Hibah ialah hibah bertulis yang memberi aset kepada benefisiari secara sah dan berkuat kuasa serta-merta. Aset hibah ini tidak dianggap sebagai harta pusaka dan tidak tertakluk kepada Faraid. Ia sesuai untuk pembahagian saksama kepada anak-anak atau pemberian kepada bukan waris mengikut syarat tertentu.
Deklarasi Harta Sepencarian / Perjanjian Aset Perolehan Bersama (PAPB)
PAPB ialah dokumen sah yang menetapkan hak suami isteri terhadap harta sepencarian. Ia membantu mengelakkan pertikaian sekiranya berlaku kematian pasangan, poligami atau penceraian dengan menetapkan agihan yang dipersetujui bersama. Dokumen ini mengiktiraf sumbangan pasangan dan melindungi hak secara adil serta bertanggungjawab.
Amanah Takaful Pri-Ti
Amanah bagi polisi takaful atau insurans. Pemilik sijil takaful atau polisi insurans melantik as-Salihin sebagai pemegang amanah melalui penyerahan hak mutlak. Dana takaful akan diurus oleh pemegang amanah dan diagihkan mengikut terma dalam surat ikatan amanah, tanpa melalui faraid atau proses pentadbiran pusaka yang rumit.
Urus Pusaka
Sekiranya berlaku kematian tanpa wasiat, kami menyediakan khidmat pengurusan harta pusaka kecil dan kes memerlukan Surat Kuasa Mentadbir (LA). Merangkumi harta alih dan tak alih, proses dijalankan secara profesional, teratur dan patuh hukum Syarak bagi memastikan agihan pusaka kepada waris Faraid berlaku dengan lancar dan berintegriti.
Pakej Rancang Harta
Pakej Rancang Harta ialah gabungan dokumen perancangan harta yang lengkap dengan penjimatan kos. Ia membantu pelanggan merancang harta secara menyeluruh termasuk wasiat, hibah, amanah dan diskaun pentadbiran pusaka. Semua dirancang dan didokumenkan agar harta diagih secara teratur, waris tidak terbeban dan patuh hukum Syarak.
Kenapa Pilih Kami
Pakej Komprehensif
Merangkumi dokumentasi, pentadbiran dan pengagihan harta secara lengkap.
Murah & Berbaloi
Harga kompetitif, lebih jimat berbanding pilihan lain di pasaran.
Tiada Caj Bulanan
Bayar sekali sahaja, tiada komitmen atau bayaran bulanan tambahan dan tidak membebankan.
Tanpa Kerumitan
Segala urusan diurus sepenuhnya oleh pasukan berpengalaman kami.
Cepat & Mudah
Dokumen disediakan dalam 7 hari bekerja, cepat dan efisien
Apa Kata Pelanggan
Terima kasih kepada semua pelanggan yang memberikan maklum balas positif di Google Review. Sokongan anda amat kami hargai.
as-Salihin Trustee Berhad is a professional trustee company specialising will writing, wasiat, hibah harta, trust etc.
Menguruskan harta pusaka Muslim.
Recommended as I have used their services. Dah berurusan dgn mereka. 👍👍🌸
Sally A.
Preferred trustee company to handle your asset distribution.
Warm & friendly team here.
Very ample parking available at all time.
Warm & friendly team here.
Very ample parking available at all time.
I. Qhalifah




